4 KAEDAH UNTUK ELAKKAN
PENUAAN SEBELUM MASA
Penuaan berlaku seiring berjalannya waktu. Salah satu kesan dari penuaan adalah kedutan pada wajah. Kedutan pada wajah dapat menurunkan mengurangkan keyakinan diri karana penampilan yang tidak menarik. Kedutan mungkin tidak dapat dihindari sama sekali, tetapi mencegah agar tidak timbul kedutan diusia muda wajib dilakukan.
PENYEBAB KEDUTAN WAJAH
Kedutan terjadi karena berkurangnya jumlah dan fungsi serat kolagen dan elastin yang berfungsi untuk membuat kulit menjadi tegang. Penurunan jumlah dan fungsi ini dipengaruhi oleh peningkatan usia, warna kulit, lamanya terkena sinaran matahari, rokok dan pencemaran.
MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
Anda boleh mencegah timbulnya kedutan pada wajah dengan melakukan langkah-langkah ini:
• Pengambilan Makanan dan Minuman Bernutrisi
Apa yang kita makan dan minum mempengaruhi pada penampilan. Protein, vitamin, mineral dan zat antioksidan (vitamin A, C, E, Selenium, Zinc, Glutation) merupakan zat yang diperlukan untuk perbaiki jaringan kulit termasuk kolagen dan epidermis. Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi tersebut sangat disarankan agar keperluan nutrisi untuk kulit lengkap. Semakin banyak kandungan air pada kulit akan membuat kulit semakin tegang dan akan mempermudahkan kulit untuk diperbaiki dibandingkan dengan kulit yang kering. Untuk menjaga kelembapan kulit, dapat dilakukan dengan pengambilan air putih sesuai dengan keperluan.
• Senaman dan Aktivi Ringan
Senaman dan aktiviti ringan yang melatih degupan jantung membantu mencegah terjadinya kedutan. Alasannya adalah degupan jantung yang baik akan membuat peredaran darah ke seluruh tubuh menjadi lancar, dengan ini keperluan oksigen untuk seluruh jaringan tubuh terpenuhi. Jika jaringan kulit mencukupi keperluan oksigen, maka proses perbaikan sel menjadi lebih maksima sehingga kulit kelihatan awet muda.
• Cukup Tidur
Waktu tidur malam adalah tempoh terbaik untuk penyembuhan dan perbaikan sel yang rosak. Tempoh tidur selama 7-8 jam sehari adalah jumlah yang ideal untuk menjaga kulit kekal sihat. Kurang tidur akan membuatkan kulit kelihatan kasar dan kusam. Jika berterusan, perbaikan sel kulit akan terganggu dan meninggalkan kedut sebagai kesannya.
• Gunakan Pelindung UV
Sinaran matahari dalam jumlah berlebihan merupakan musuh bagi kulit. Beberapa kesan negatif dari paparan sinaran matahari adalah merosakkan serat-serat kolagen dan elastin, membuat penumpukan kulit mati dan penumpukan pigmen. Bagi mencegah kerosakan akibat sinaran matahari, Anda boleh menggunakan pelindung uv untuk bagi melindungi wajah. Pelindung UV boleh diaplikasikan tidak hanya pada kulit, tetapi juga pada area tubuh lain yang sering terkena sinaran matahari seperti leher, lengan dan kaki.
Kuantiti SPF dan UPF yang tinggi diperlukan untuk perlindungan kulit di iklim tropika. Jika ingin kekal cantik, Anda perlu menjadikan amalan merawat kulit adalah sebahagian dari seharian kita untuk jangka panjang. Misalnya dengan menjaga kebersihan kulit atau menggunakan krim atau serum yang sesuai untuk mengurangi kerosakan kulit atau kedutan yang mengganggu penampilan anda.Namun, perlu diingatkan bahawa menjaga kulit tidak hanya dari luar tetapi juga dari dalam tubuh dan menjaga pikiran sentiasa positif.
Sering terdedah kepada sinaran matahari?
Hati-hati kerana sinaran UV adalah punca utama yang membawa kepada Jeragat.
Ketahui rahsia 1763 wanita berkerjaya yang kekal cantik menawan walaupun sering terdedah kepada sinaran matahari
DERMAGS BB CUSHION
SPF 50+++
pelindung terbaik dari panahan mentari yang tiada belas
Buatan Malaysia, Teknologi Premium IOPE Korea